Wednesday, May 13, 2009

dewasa ini


pagi ini membawa seribu rasa
dalam dinginnya hujan
pagi ini membawa menungan
dalam menuju hari depan

ketika saat membawa hari
dalam gelitanya malam menuju cerahnya pagi
ketika itu aku melafaz
dari hati yang mulai tunduk setunduknya
kepada Dia Pencipta,
Rabb, Allah Tuhan yang Maha Agung
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

di atas sejadah ini
ada sedikit rasa dari dalam hati
di atas sejadah ini
ada sedikit basah di kelopak mata
keranaNya aku luluhkan hati ini
demi kesyukuran padaNya
Rabb,

dewasa ini aku syairkan
dalam khias lunaknya akal
moga dapat ku menghargai jalan depan
biar ku lisankan mukadimah semalam
asal baris-barisnya
masih berpaut di tali Allah..
dewasa ini..
Alhamdulillah
lafaz panjang..

'Dewasa Ini'
Adesam Zainal,
14 mei 09
06:13 pagi,
Port Dickson, N9.
'..selamat hari lahir Adesam.."

Monday, April 13, 2009

kerana kau bergelar guru


guru,
ketika melati harum terselit di celah rambutku
ketika anggerik menghiasi taman ilmu
ketika itu, suaramu mula menggetar terlinga
mendidik anak bangsa dengan sepenuh jiwa
letih,sakit dan putus asa tidak pernah kau kisah
kau hanya menginginkan kami berjaya
membelah dunia dengan ilmu tersemat di dada

guru,
ketika suaramu membelah sunyinya pagi
ketika kau memarahi kami
ketika kau merotani kami
kami kaku tegak di bangku
tangis tersedu-sedu
ketika itu lah, pujukan mu menasihati kami
memperlihatkan kasihmu laksana bapa juga ibu..

guru,
ketika orkid mula fasih mengeja
ketika melur mula pintar mencongak
ketika cempaka bijak menulis
ketika itu, senyum mu seindah mekarnya mawar merah
bangga mu sekembangnya rafflesia
perit jerih mu terbalas jua..

guru,
ketika ini,
kami berbasikal di baris merahnya tulip holand
kami berlari di bawah sakura jepun gugur kekeringan
kami sapa daffodil ireland yang menguning
kami petik ungunya lavendar bumi perancis
kami ciumi harumnya camomile bumi rusia
kerana ilmu mu, kerana jasamu, kerana keikhlasanmu
kami berada di persada dunia
lilin ilmu ini menjadi indah
kerana kau bergelar guru..

Saturday, April 11, 2009

merahnya senja


apa lagi nakku gambarkan tentang senja?
Subhanallah, ianya begitu indah
ada mentari kemerahan
menyorok di celah-celah dahan
.
apa lagi nakku gambarkan tentang senja?
ada manusia sedang merenung
mengosongkan fikiran
sesuatu yang cuba untuk dilupakan
.
senja,
kemerah-merahan
.
aku,
terkenyit-kenyit kesilauan
oh.. sukar untuk ku gambarkan..

merenung masa

Ya, antara aku dan alam sememangnya ada kaitannya. Aku melihat nun di hujung sana. Ada riak-riak air sungai mula berubah. Ya, mungkin senja menghampiri. Tajam mata menghitung hujung. Masa kian berlalu. Kaki ini masih lagi di sini. Belum ada tanda untuk berganjak. Hanya sebatang joran setia bersama. Mampukah menangkap hasil untuk sesuap cuma? mencari hasil atau melihat hasil? perlu ada penjelasan. Masalahnya siapa yang layak menjelaskan? Jika direnung setajam-tajamnya, mungkinkah ada kelainan dari sebelumnya? berapa lama harus berdiri di sini menanti sebuah jawapan yang belum pasti langit itu ingin bergelap dengan sekejap-sekejap dentuman keras di atas sana? belum pastikan?

.

sejauh mana mata merenung. sedalam mana mata di pejam. pandangannya sama sahaja. tujuan dan pandangan itu jatuh atas satu perkara. masih berlaku dan cuba di ubah. aku rasa aku yakin berjaya. sengaja aku menyendiri di sini. masih ada kerasnya perkara untuk aku fikirkan.

senja semalam


Semalam, sedang aku dalam permasalahan seharian, aku melihat perginya mentari senja. Di belakang rumah, di tepi sungai, di pondok usang. Kecil mengecil mentari makin menyembunyi diri. Tatkala aku sedang asyik dengan pandanganku. Menyedari hari makin jauh hitamnya. Harus berangkat pulang segera. Berlukar itu semak sekali. Ditambah hitamnya malam.

Blogger Template by Blogcrowds